Thursday 28 April 2011

CUTI SEMPENA HARI PEKERJA

Kepada semua ibu bapa dan penjaga,

Sekolah akan bercuti sempena Hari Pekerja iaitu pada tarikh 2 Mei 2011. Sekolah bermula seperti biasa pada 3 Mei 2011 (Selasa).

Terima kasih.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOLAN UPSR 2011

Unit Bimbingan dan Kaunseling bercadang untuk mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011. bagi murid-murid Tahun 6. Butiran program tersebut adalah seperti berikut :

Slot : Teknik Menjawab Soalan Matematik
Tarikh : 30 April 2011
Masa   : 8.00pg - 12.30 tgh
Tempat  : Dewan Appudurai.

Diharap pihak tuan/puan dapat memberi kebenaran kepada anak-anak untuk menghadirkan diri ke program tersebut dan menjemput anak-anak anda dari sekolah pada masa yang ditetapkan. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Guru Besar.

Monday 25 April 2011

MESYUARAT KHAS PIBG

Kepada semua ahli jawatan kuasa PIBG, suatu mesyuarat khas akan diadakan pada hari esok.

Tarikh : 26 April 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah.

Sila hubungi En.Siva untuk keterangan selanjutnya.

Terima kasih.

Tuesday 19 April 2011

UJIAN SEGAK TAHAP 2 SESI 2011


Kepada semua ibu bapa guru dan murid-murid,

Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal (SEGAK) akan dijalankan pada 26-28 April 2011 bagi penggal pertama tahun 2011.
Berikut ialah butiran mengenai pelaksanaan ujian tersebut :
DARJAH
TARIKH
MASA
TAHUN 4
26 APRIL 2011
8.00 – 10.00 PAGI
TAHUN 5
27 APRIL 2011
8.00 – 10.00 PAGI
TAHUN 6
28 APRIL 2011
8.00 – 10.00 PAGI



Untuk pengetahuan pihak ibu bapa markah sebanyak 20 % akan diambil berdasarkan markah Ujina Kecergasan ini untuk Peperiksaan PKSR 1.

Sekian, terima kasih.

Thursday 7 April 2011

CUTI SEMPENA TAMIL PUTTHANDU DAN HARI GANTI CUTI DEEPAVALI


Selamat sejahtera. Pihak sekolah telah memohon 3 hari suti berganti sempena perayaan Deepavali.  Butiran mengenai perkara tersebut adalah seperti di bawah.

TARIKH CUTI
TARIKH GANTI CUTI
JADUAL WAKTU
MASA PERSEKOLAHAN
24. 10 .2011
9.4.2011 (SABTU)
ISNIN
7.45 – 12.30 TGH
27. 10 .2011
23.4.2011 (SABTU)
KHAMIS
7.45 – 12.30 TGH
28. 10 .2011
7.5.2011 (SABTU)
JUMAAT
7.45 – 12.05 TGH

Ibu bapa diminta untuk menguruskan pengangkutan murid pada hari-hari tersebut.
14.4 2011 (Khamis) ialah cuti peristiwa sempena Chittirai Puthandu (Tahun Baru Tamil)
Harap maklum.


CUTI TAHUN BARU TAMIL

Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Tamil iaitu pada 14 April 2011 (KHAMIS).
Sekolah berjalan seperti biasa pada 15 April 2011 (JUMAAT)

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6

Kepada para ibu bapa / penjaga,

Ujian Diagnostik Tahun 6 akan bermula pada 11 - 13 April 2011. Sehubungan dengan itu, diminta para ibu bapa dan penjaga memastikan anak-anak tuan hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Sekian.

Monday 4 April 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Perkhemahan badan beruniform SJK(T) Vivekananda telah berjalan dengan lancar dan teratur. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah yang memberi kerjasama untuk menjayakan perkhemahan tersebut. Gambar-gambar perkhemahan dimuat naik untuk rujukan para pelawat.  Sila klik icon gambar disebelah kanan anda untuk melihat semua gambar.

Terima kasih.