Wednesday 23 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada tarikh 25 Mei 2012 (Jumaat). Sambutan Hari Guru bermula pada jam 8.00 pagi di Dewan Kandiah. 

Harap Maklum.


Tema- Tema Hari Guru

2012 GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

2011  Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 
2010    Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007  Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006  Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003  Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002  Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001  Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000  Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999  Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998  Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997  Guru Bestari Sekolah Bestari
1996  Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995  Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993  Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992  Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991  Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990  Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989  Guru Pembina Budaya Ilmu
1988  Guru Pengasas Budaya Membaca
1987  Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986  Pendidikan Teras Nasionalisme
1985  Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984  Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983  Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982  Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981  Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980  Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979  Murid Sejahtera Negara Jaya
1978  Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977  Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976  Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975  Guru dan Pembangunan Negara
1974  Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973  Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972  Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Monday 21 May 2012

UJIAN IQ PINTAR

Kepada semua ibu bapa / penjaga,

Sila memastikan anak anda menjalani Ujian Permata Pintar sebelum 31 Mei 2012. Masukkan segala maklumat yang dikehendaki untuk menjalani ujian tersebut. Berikut ialah link untuk ujian tersebut.


http://ukm1.permatapintar.edu.my


Harap maklum.

Tuesday 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU

Kepada semua guru,

Selamat menyambut Hari Guru. Semoga perjuangan mulia anda berterusan untuk melahirkan insan yang berguna untuk masyarakat,  dan Negara. 

Sekian

Monday 14 May 2012

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PKSR 1/2012

Berikut ialah jadual waktu peperiksaan PKSR 1 tahun 2012. Oleh kerana, sambutan Hari Guru sekolah peringkat sekolah diadakan pada 25 Mei 2012, peperiksaan yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat tersebut diawalkan pada Jumaat ini iaitu 18 Mei 2012.Sila klik di bawah untuk dapatkan jadual.

JADUAL TAHAP 1 (TAHUN 1 - 3)
JADUAN TAHAP 2 (TAHUN 4- 5)

Harap maklum.

MESYUARAT HARI KANTIN UNTUK GURU

Kepada Semua Guru,

Satu mesyuarat tentang Hari Kantin akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Mei 2012
Masa : 1.15 - 1.45 tgh
Tempat : Bilik Gerakan, STV

Agenda :
1. Pembahagian Kumpulan / Pelantikan ketua
2. Cadangan Permainan
3. Peralatan yang diperlukan
4. Cadangan tempat permainan
5. Harga yang dikenakan
6. Hadiah yang diperlukan.
7. Strategi permainan

Harap semua guru hadir untuk menjayakan Hari Kantin.

Sekian,
En.Elangoh

NEELAKANDAN ACHIEVE MALAYSIAN BOOK OF RECORD





NEELAKANDAN A/L PAANDI DURAI was participated in the event of setting a National Record on the "Most Number of 'TABLA' PLAYERS IN A PERFORMANCE"  (Number of participant 165-Tabla Player)

PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH

Permohonan kemasukan bagi program Sarjana dan Doktor Falsafah. Sila patuhi arahan dan panduan pengisian secara atas talian ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sila klik :

sila klik untuk melihat program yang ditawarkan : Iklan Kemasukan Program Pasca Siswzah

Nota : No Pin BITARA ID boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui Auto Teller Machine (ATM) BSN (pemegang kad BSN sahaja) dengan harga RM26.
Sekian, harap maklum. Terima kasih.


Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-4505480/5482 atau 5494.

Saturday 12 May 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah memutuskan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012.

Pelaksanaan Sambutan Hari Guru Tahun 2012

Wednesday 9 May 2012

Pedagogy Standard For English Language Teaching

The purpose of these standards is to enable teachers to identify their professional traning needs and provide direction for their continuous professional development. These standards also serve to inform the Education Ministry in planning, designing and implementing teacher development programmes.                   


http://119.110.97.182/pselt/

Create your account by clicking first time login.

Tuesday 8 May 2012

LAMAN WEB SEKOLAH

Kepada semua warga sekolah,

Pihak sekolah telah pun mereka satu laman web khas untuk sekolah. Para guru dan Ibu bapa boleh melayari untuk mendapatkan maklumat tentang sekolah.

www.sjktvivekanandakl.com.my

Harap maklum.

Penyelaras ICT,
En.Elangoh

Thursday 3 May 2012

PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA

Pihak sekolah bersama PIBG bercadang untuk mengadakan perjumpaan bersama Ibu Bapa. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang tentang Hari Kantin yang bakal diadakan.  Butiran perjumpaan tersebut adalah seperti berikut : -

Tarikh : 12 Mei 2012 (Sabtu)
Masa : 6.00 - 9.00 malam
Tempat : Dewan Kandiah , STV

Kehadiran pihak tuan/puan amat penting bagi menjayakan program ini.
Kerjasama dari tuan/ puan amat kami hargai dan sanjungi tinggi.

Harap maklum.

JADUAL KELAS KOMPUTER

Kelas komputer akan bermula pada 4 Mei 2012 untuk semua murid kecuali murid tahun 6. Klik untuk mendapatkan JADUAL kelas komputer.

Harap maklum.

PLEASE FOLLOW US !!!

Kepada para ibu bapa,

Sila follow us menjadi ahli google dan mencipta email google. Dan seterusnya follow untuk menjadi member dalam blog ini.

Harap maklum.

Wednesday 2 May 2012

TEAM BUILDING PROGRAMME

Kepada semua warga sekolah dan para ibu bapa,

Suatu program "Team Building" akan diadakan untuk semua guru dan wakil PIBG seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Mei 2012
Masa : Ditentukan kemudian
Tempat : Dewan Kandiah, STV

Sehubungan dengan itu, semua guru dan wakil PIBG yang dipilih digalakkan hadir untuk menjayakan program ini.  Program ini ialah hasil usaha PIBG untuk mengeratkan silatu rahim antara ibu bapa dan guru sekolah.

Harap maklum.