Friday, 4 November 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011


Kepada semua warga sekolah,

Hari Anugerah Cemerlang  akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 16 November 2011
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Kandiah

Pihak sekolah memerlukan bantuan dan sumbangan untuk menjayakan program anugerah cemerlang.  Jesteru itu,  kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

Harap Maklum

HARI KANAK-KANAK SEKOLAH

Hari Kanak-kanak akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 10 November 2011
Masa : 7.45 pagi - 1.00 tenghari

Diharap para ibu bapa menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Harap Maklum

HARI AKADEMIK SEKOLAH

Hari akademik sekolah akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 9 November 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tenghari
Tempat : Tapak Perhimpunan.

Para ibu bapa diminta hadir untuk mendapatkan rekod prestasi anak-anak tuan/puan.

Harap maklum.

Tuesday, 25 October 2011

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Pihak Sekolah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga sekolah.
Semoga anda menyambut Perayaan Deepavali dengan penuh meriah.

Harap maklum

Wednesday, 21 September 2011

UJIAN SEGAK PENGGAL 2 / TAHUN 2011

Kepada semua murid tahun 4,5 dan 6,

Ujian segak bagi penggal 2 akan diadakan pada minggu hadapan. Berikut ialah ketetapan jadual ujian segak.

Hari Selasa - Tahun 4
Hari Rabu - Tahun5
Hari Khamis - Tahun 6

Semua murid tahun 4,5 dan 6 wajib mengambil ujian tersebut kerana markah ujian segak akan diambil kira dalam PKSR 2.

Harap maklum
En.Elangoh
Ketua Panitia PJK

TAMIL SOORPOR UNTUK GURU-GURU SEKOLAH TAMIL KL

Tahniah.

Diucapkan kepada guru-guru yang mengambil bahagian dalam Perdebatan Tamil antara sekolah - sekolah Tamil di Wilayah Persekutuan.  2 pasukan guru yang mengambil bahagian dalam perdebatan tersebut telah dimenangi dan layak mara ke pusingan seterusnya.

Harap maklum.

Saturday, 10 September 2011

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

Kepada semua warga SJK (T) Vivekananda,

Sesi persekolah tahun 2012 telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sila klik.di sini untuk melihat takwim persekolahan 2012.

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/TakwimPenggalPersekolahan2012.pdf

Harap Maklum

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2011

Kepada semua murid-murid SJK (T) Vivekananda,

Pihak sekolah berdoa supaya murid-murid dapat mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Semoga Tuhan merestui murid-murid sekalian.

Selamat Menjawab Peperiksaan.

Harap maklum.

Pihak sekolah

Thursday, 25 August 2011

CUTI SEKOLAH SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 27 Ogos hingga 4 September 2011. Sekolah akan berjalan seperti biasa pada hari Isnin 5 Ogos 2011 (Isnin). Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada semua warga sekolah.


Sekian, terima kasih.

Wednesday, 17 August 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BHS.INGGERIS TAHUN 5 / 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BHS.INGGERIS TAHUN 5 / 2011
akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 19 Ogos 2011
Masa  : 1.30 tgh - 3.30 petang
Tempat : Dewan Appudurai

Diwajibkan semua murid tahun 5 hadir untuk bengkel tersebut.

Harap maklum.

Thursday, 11 August 2011

HARI JADI GURU BESAR

Kepada semua warga sekolah,

Puan Guru Besar akan menyambut Hari Jadi Ke 51 pada hari esok. iaitu 13 Ogos.
Semoga Tuhan menrestui beliau supaya hidup dalam kebahagian selalu.

Harap maklum

Wednesday, 10 August 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 5 / 2011

Kepada warga sekolah,

Satu bengkel teknik menjawab soalan UPSR untuk murid -  murid tahun 5 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh  : 12 Ogos 2011
Masa   : 1.00 - 3.00 petang
Tempat :  Dewan Appundurai.

Diminta semua murid tahun 5 wajib hadir.

Harap maklum.

Monday, 8 August 2011

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Diminta semua guru mengemaskini dan mengupload data markah ujian peperiksaan murid-murid dalam online segera. Berikut ialah link untuk website tersebut :


http://saps.moe.gov.my/

Terima kasih.

PROGRAM GOTONG - ROYONG SEKOLAH

SJK (T) Vivekananda akan mengadakan satu program gotong-royong pada

Tarikh : 13 Ogos 2011
Masa  : 8.00 pagi -12.30 tengahari
Tempat : Kawasan Sekolah.

Harap maklum.

Wednesday, 3 August 2011

PARAMAANANDAM ....A CELEBRATION OF DANCE

THE PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SJK (T) VIVEKANANDA, K.L

proudly present
a cultural show

"PARAMAANANDAM"

In aid of the PIBG Fund of SJK (T) Vivekananda Brickfields,
at the Kandiah Hall, SJK (T) Vivekananda Brickfields,
on Saturday, 6th August 2011 at 7.30 pm


Remarks : The Ticket Prize is RM 50.00. Can get with PIBG members and teachers. For future information call Mr. Surendran 012-3877755, Ms. Gayathri 012-2983191, And Mr. Siva 012-3470662

Sunday, 31 July 2011

PELANCARAN BULAN PATRIOTIK 2011

Sekolah akan mengadakan program sempena bulan patriotik sepanjang bulan Ogos.Terdapat banyak aktiviti untuk murid-murid sepanjang bulan tersebut.  Butiran mengenai aktiviti tersebut akan dimuat nanti.

Sekian.

Wednesday, 6 July 2011

MESYUARAT POST MORTEM PEGAWAI DAN URUSETIA KEJOHANAN SEKOLAH SJK(T) VIVEKANANDA KALI KE - 89

Satu mesyuarat post-mortem pegawai dan urusetia Kejohanan Olahraga Tahunan akan diadakan seperti berikut :
Tarikh             :           14  JULAI 2011 (KHAMIS)
Masa               :           6.30 PTG
Tempat           :           TAPAK PERHIMPUNAN
Agenda           :           a) Ucapan Pengerus Kejohanan
            b) Review Sukan
            c) Rekod Sukan Tahunan
            d) Kekuatan
            e) Kelemahan
            f) Cadangan Penambahbaikan

Dipohon jasa baik tuan / puan untuk menghadiri mesyuarat ini. Kehadiran tuan tersebut amat dihargai.


Harap maklum,

En.Elangoh
Pengurus Kejohanan

Tuesday, 5 July 2011

MOTIVATION TALK

"EDUCATION IS MY WEALTH" for Students and Parents

Motivation Talk By Prof.Dr.Kader Ibrahim.A.R
Ph.d (Psy); Ph.D.(Nut); Ph.d (P.Psy)

Date : 12 July 2011
Time : 8.00 - 10.00 pm
Place : Kandiah Hall, SJK(T) Vivekananda, KL
Fees : Free

Contact Person : Mrs.Jegathiswary (0122348312), Mrs.Zubaidah ( 012-6712347)

Thanks.

Friday, 1 July 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE - 89

Dengan ini dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah kali ke - 89 SJK (T) Vivekananda, KL akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 03 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Mini, Kampung Pandan. (Komplek Belia dan Sukan)

Pengangkutan  disediakan untuk semua murid oleh pihak sekolah. Diharap ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah sebelum pukul 7.00 pagi supaya memudahkan urusan pengangkutan dan kelancaran sukan.

Harap Maklum.

En.Elangoh
Pengurus Kejohanan

Thursday, 30 June 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Kepada semua warga sekolah,


Larian 1 Murid 1 Sukan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 2 Julai 2011
Masa : 7.00 pagi - Kehadiran Murid
           7.15 pagi - Kehadiran VIP
           7.30 pagi - Senamrobik
           7.45 pagi - Perasmian dan Take Off Flag
           9.00 pagi - Persembahan Karate dan Taek Kwando
           10.00 pagi - Rehat

Laluan Larian : Jalan Sultan Abdul Samad,  Jalan Rozario, Jalan Vivekananda.

Diharap para ibu bapa menghantar anak-anak pada hari tersebut untuk menyertai acara larian 1M 1 S.
Harap maklum.

En.Elangoh
Setiausaha Sukan, STV